Geografi Republik Sudan
Republik Sudan atau dalam bahasa Inggerisnya The Republic of The Sudan merupakan satu-satunya Negara terbesar dalam benua Africa dengan memiliki keluasan yang meliputi 2.5 milion kilometer persegi dan berjiran dengan 9 buah Negara seperti Eriteria, Chad, Afrika Tengah, Zaire, Ethiopia, Libya, Egypt, Kenya dan Uganda.
Dengan keluasan yang sebegitu, terdsapat 26 wilayah yang terbentuk dalam kerajaan persekutuannya yang berpusat di Khartoum dimana disetiap wilayahnya terdapat struktur jentera pentadbiran tersendiri yang mentadbir wilayah-wilayah tersebut.
Dari segi bentuk muka buminya, hampir keseluruhan muka buminya mendatar atau dipanggil sahara beriklim panas dan kering, kepanasan cuacanya disekitar 40ºc ke atas dan ada kalanya mencecah 50ºc pada bulan April, Mei,Jun dan Julai.Namun begitu, masih ada keseimbangan cuaca dengan adanya ribut pasir , musim hujan pada Ogos, September dan Oktober serta Musim Sejuk pada November,Disember, Januari dan Febuari.Ini berbeza sekali dengan wilayah di Selatan Sudan dimana beriklim Khatulistiwa.
Selain itu, bumi Sudan dialiri Sungai Nil putih dan biru yang bertemu pada sempadan Khartoum dan Omdurman. Keduanya merupakan sumber asas bagi kehidupan masyarakat Sudan samaada untuk kegiatan harian, ternakan, pengangkutan, tanaman,tempat persiaran, janakuasa dan sebagainya.
Begitu juga Sudan bersisiran dengan Laut Merah yang memisahkannya dengan Saudi Arabia.Ianya merupakan jalan laut untuk masuk ke Sudan melalui Port Sudan.
Agama
Islam merupakan agama rasmi bagi republic ini memandangkan majority rakyatnya adalah Muslim dan dikira sebagai Negara Arab.Namun begitu, kerajaannya membenarkan kebebasan beragama dimana penganut agama kristian merupakan kelompk kedua terbesar.Ini terbukti dengan terdapat pusat ibadat mereka dan wakil mereka dalam kerajaan persekutuan.Terdapat juga minoriti penganut Athies di selatan Sudan.
Bangsa dan Masyarakat
Majoriti masyarakat republic ini adalah Bangsa Arab yang terkenal dengan kabilah dan puak dimana darinya terbentuk adat tradisional, budaya dan bahasa.Namun begitu kedapatan juga yang bukan bangsa arab yang dating menduduki republic ini dari Negara jiran.
Jadi, secara umumnya kelompok asas bagi masyarakat republic ini terbentuk dari 3 kelompok yang dipanggil Niliyah, Hamiyah dan Junziyah.
Kelompok Niliyah ialah golongan yang menepati sepanjang persisiran Nil, manakala Hamiyah ialah kelompok yang rata-ratanya menepati wilayah sebelah utara atau dipanggil kelompok “Lembu” kerana muamalah dan sumber ekonomi mereka berasaskan lembu.Kedua-dua kelompok ini adalah bangsa Arab.
Bagi kelompok ketiga iaitu Junziyah ialah golongan masyarakat selatan Sudan berasal dari Negara jiran Afrika dan bukan berbangsa Arab.
Dari ketiga kelompok ini lahirlah sehingga 700 kabilah yang mempunyai tamadun, bahasa dan budaya tersendiri.
Akan datang : Bahasa , Sosial dan Matawang